Wednesday 30 September 2015

PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012






PENGAJIAN MALAYSIA DUB1012


PELAKSANAAN PILIHAN RAYA DI MALAYSIA


NUR AIDA BINTI HASHIM
02DEP15F1029
SITI AISYAH BINTI MOHD YASIN
02DEP15F1043
AINULATIKAH BINTI ABDU RAHMAN
02DEP15F1022

PENSYARAH:ENCIK MOHD NOOR ZAIDI                             BIN MOHD NAWAWI

                         PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek pengajian malaysia ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.
Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “pilihan raya di malaysia”. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu,
ENCIK MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD NAWAWI kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.



PILIHAN RAYA

Pilihan raya adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara. Rakyat negara ini telah melalui pengalaman pilihan raya yang banyak samada di peringkat persekutuan mahupun negeri. malahan peluang membuang undi telah pernah dinikmat oleh rakyat negara ini sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1951 dan 1955.  


MAKSUD PILIHAN RAYA

pilihan raya adalah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan.ataupun negeri. secara umum, pilihan raya adalah satu proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan. pemilihan ini seharusnya dilakukan secara sulit dan ketelusan pengundiaan tercapai melalui prosuder yang kemas dan teratur.Walau bagaimanapun,pengiraan undi dilaksanakan secara terbuka. calon yang mendapat und yang terbanyak dikira sebagai menang. kemenangan tetap diambil kira walaupon dengan majoriti mudah.

SEJARAH PILIHAN RAYA

PRU PERTAMA(1959) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 27 Jun. Tarikh penamaan calon pula ialah 15 Julai, manakala hari pengundian ialah pada 19.Ogos. 1959. 

Keputusan PRU 1959, adalah seperti berikut:

  • Parti Perikatan(kini dikenali sebagai Barisan Nasional) : memenangi 74 kerusi. 
  • Parti Negara : memperolehi 1 kerusi 
  • Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- kini dikenali sebagai PAS : memperolehi 13 kerusi 
  • Barisan Sosialis : memperolehi 8 kerusi 
  • Parti Malaya : memperolehi 1 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 8 kerusi 

PRU KEDUA(1964)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 1 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 21 Mac, manakala hari pengundian pula ialah pada 25.April. 1964.

Keputusan PRU 1964, adalah seperti berikut:
  • Parti Perikatan : memperolehi 89 kerusi. 
  • Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- memperolehi 9 
  • Barisan Sosialis : memperolehi 2 kerusi 
  • Parti Progresif Penduduk (PPP) : memperolehi 2 kerusi
  • Parti Demokratik : memperolehi 1 kerusi 
  • Parti Tindakan Rakyat( PETIR) : memperolehi 1 kerusi 

PRU KETIGA(1969) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 20 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 5 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 10.Mei. 1969. Tempoh berkempen ialah selama 35 hari. 

Keputusan PRU 1964, adalah seperti berikut: 
  • Parti Perikatan : memperolehi 74 kerusi. 
  • Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- memperolehi 12 kerusi 
  • Parti Progresif Penduduk (PPP) : memperolehi 4 kerusi 
  • Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) : memperolehi 13 kerusi 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 13 kerusi 
  • Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) : memperolehi 8 kerusi 
  • Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP): memperolehi 5 kerusi 
  • Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) : memperolehi 9 kerusi 
  • Parti Pesaka Sarawak(PESAKA): memperolehi 2 kerusi 
  • Persatuan Cina Sabah (SCA) : memperolehi 3 kerusi 
  • Bebas: memperolehi 1 kerusi 


PRU KEEMPAT (1974)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 31 Julai. Tarikh penamaan calon pula ialah 8 Ogos, manakala hari pengundian pula ialah pada 24. Ogos. 1974. Tempoh berkempen ialah selama 16 hari.

Keputusan PRU 1974, adalah seperti berikut: 
  • Barisan Nasional : memperolehi 135 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi 
  • Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) : memperolehi 9 kerusi 
  • Parti Keadilan Masyarakat Malaysia(PEKEMAS): memperolehi 1 kerusi 


PRU KELIMA (1978) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 12 Jun. Tarikh penamaan calon pula ialah 21 Jun, manakala hari pengundian pula ialah pada 8. Julai. 1978. Tempoh berkempen ialah selama 17 hari. 

Keputusan PRU 1978, adalah seperti berikut:
  • Barisan Nasional : memperolehi 130 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 16 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 5 kerusi 
  • Pertubuhan Rakyat Sarawak (SAPO): memperolehi 1 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 2 kerusi 

PRU KEENAM (1982) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 29 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 7 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 22. April. 1982. Tempoh berkempen ialah selama 15 hari.

Keputusan PRU 1982, adalah seperti berikut:
  • Barisan Nasional : memperolehi 132 kerusi.
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 5 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 8 kerusi

PRU KETUJUH (1986) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 19 Julai. Tarikh penamaan calon pula ialah 24 Julai, manakala hari pengundian pula ialah pada 3. Ogos. 1986. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari. 

Keputusan PRU 1986, adalah seperti berikut: 
  • Barisan Nasional : memperolehi 148 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 24 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 1 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 4 kerusi 


PRU KELAPAN (1990) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 4 Oktober. Tarikh penamaan calon pula ialah 11 Oktober, manakala hari pengundian pula ialah pada 21. Oktober. 1982. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari. 

Keputusan PRU 1990, adalah seperti berikut:
  • Barisan Nasional : memperolehi 127 kerusi.
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 20 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 7 kerusi 
  • Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 14 kerusi 
  • Parti Semangat 46 : memperolehi 8 kerusi
  •  Bebas : memperolehi 4 kerusi 


PRU KESEMBILAN (1995) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 6 April. Tarikh penamaan calon pula ialah 15 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 25. April. 1995. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari. 
Keputusan PRU 1995, adalah seperti berikut: 
  • Barisan Nasional : memperolehi 162 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 7 kerusi 
  • Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 8 kerusi 
  • Parti Semangat 46 : memperolehi 6 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 4 kerusi 

PRU KESEPULUH (1999) 

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 10 November. Tarikh penamaan calon pula ialah 20 November, manakala hari pengundian pula ialah pada 29. Novemberl. 1999. Tempoh berkempen ialah selama 9 hari. 

Keputusan PRU 10, pada tahun 1999, adalah seperti berikut:
  • Barisan Nasional : memperolehi 148 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 10 kerusi
  •  Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 27 kerusi 
  • Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 3 kerusi
  •  Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 5 kerusi

PRU KESEBELAS(2004)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 4 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 13 Mac, manakala hari pengundian pula ialah pada 21. Mac. 2004. Tempoh berkempen ialah selama 8 hari. 

Keputusan PRU 11, pada tahun 2004, adalah seperti berikut:
  • Barisan Nasional : memperolehi 199 kerusi. 
  • Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 12 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 6 kerusi 
  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 1 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 1 kerusi 

PRU KEDUA BELAS (2008)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 13 Febuari. Tarikh penamaan calon pula ialah 24 Febuari, manakala hari pengundian pula ialah pada 8. Mac. 2008. Tempoh berkempen ialah selama 13 hari. 

Keputusan PRU 12, pada tahun 2008, adalah seperti berikut:
  •  Barisan Nasional : memperolehi 140 kerusi.
  •  Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 28 kerusi 
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 23 kerusi 
  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 31 kerusi 
  • Bebas : memperolehi 1 kerusi

Maklumat Tambahan: 

Tarikh yang dipaparkan diatas hanya sesuai untuk digunapakai di Semenanjung Malaysia sahaja, ini memadangkan tarikh mengundi di Sabah dan Sarawak adalah berbeza dengan Semenanjung, baik untuk Dewan Rakyat(Parlimen) mahupun Dewan Undangan Negeri. 

Sebagai contoh, bolehlah rujuk kepada PRU 1969. Hari mengundi di Semenanjung telah ditetapkan pada 10 Mei 1969. Bagi negeri Sabah, tarikh pengundian berperingkat telah ditetapkan pada 10 sehingga 25 Mei 1969 dan tarikh pengundian berperingkat di Sarawak bermula dari 10 Mei sehingga 7 Jun 1969. 

Info Penting

  • Hanya bermula PRU ke-10 pada tahun 1999: Hari mengundi untuk kerusi Dewan Rakyattelah ditetapkan satu hari sahaja untuk seluruh negara iaitu pada 29 November 1999. Walau bagaimanapun PRU Ke-10 ini hanya melibatkan DUN-DUN di Semenanjung. DUN di Sabah dan Sarawak tidak terlibat dalam pilihan raya umum kali ini kerana ia diadakan secara berasingan.
  • Hanya bermula pada PRU 2004, buat pertama kalinya DUN Sabah menyertai pilihan raya umum bersama dengan DUN-DUN di Semenanjung. Dun Sarawak masih tidak terlibat dalam pilihan raya umum ini dan ia berkekalan hinggalah ke hari ini.

FUNGSI PILIHAN RAYA

  • Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi
  • Mengekalkan pucuk pimpinan
  • Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan
  • Menguatkan kestabilan dan legitimacy dalam satu organisasi dan komuniti politik
  • Memilih wakil-wakil untuk menerajui pemerintahan Negara




SURUHANJAYA PILIHAN RAYA


Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibentuk pada 4 September 1957, yang mana dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan.
Pada awal penubuhan, SPR terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli. Pengerusi SPR pertama ialah Datuk Dr Mustafa Albakri Hassan bersama dengan dua ahli yang lain iaitu Tuan Lee Ewe Boon dan Tuan Jitt Singh.
Bagi melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya menubuhkan sebuah jabatan Sekretariat yang diketuai oleh seorang Setiausaha yang juga bertindak sebagai Ketua Pegawai Pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya. Setiausaha pertama yang dilantik ialah H. Cassidy.
Selepas penubuhan Malaysia pada 1963 dan kemasukan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia, bilangan ahli SPR yang dilantik untuk mewakili Sabah dan Sarawak secara bergilir-gilir. Datuk Abang Marzuki Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama yang diterima mewakili kedua-dua negeri tersebut.
Satu pindaan ke atas Perkara 114 dalam Perlembagaan telah dibuat pada 1981 untuk membolehkan perlantikan seorang timbalan presiden.
Hari ini, SPR mempunyai pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli, kesemua dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas dipersetujuiMajlis Raja-Raja.

Keanggotaan SPR
  • Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi,seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain.

  • Pada melantik anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

  •  Seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya terhenti daripada memegang jawatan apabila mencapai umur enam puluh lima tahun atau apabila hilang kelayakan di bawah Fasal (4) dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

  • Walau apa pun apa-apa jua dalam Fasal (3), Yang di-Pertuan Agong hendaklah melalui perintah memecat daripada jawatan mana-mana anggota Suruhanjaya Pilihan Raya jika anggota itu--

(a) seorang bankrap belum lepas; atau
(b) melibatkan diri dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya; atau
(c) ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan sesuatu Negeri.
  • Sebagai tambahan kepada apa-apa kehilangan kelayakan yang diperuntukkan di bawah Fasal (4), pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu jika selepas tiga bulan pelantikannya ke jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu dia ialah atau menjadi anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal ehwal atau urusan, mana-mana organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana pengusahaan komersial, perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya:

Dengan syarat kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai jika organisasi atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang bersifat khairat atau sosial, dan anggota itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.

  •  Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.


  •  Tertakluk kepada Peruntukan perkara ini, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi terma-terma jawatan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya selain saraan mereka.


  •  Saraan dan terma-terma lain jawatan bagi seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya tidaklah boleh, selepas pelantikannnya, diubah menjadi kurang baik baginya.


  • Jika, dalam apa-apa tempoh, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya telah diberi kebenaran bercuti oleh Yang di-Pertuan Agong atau tidak dapat menunaikan fungsinya kerana dia tidak ada di dalam Persekutuan, sakit atau apa-apa sebab lain, maka timbalan pengerusi hendaklah menunaikan fungsi pengerusi selama tempoh itu, dan jika timbalan pengerusi juga tidak ada atau tidak dapat menunaikan fungsi itu, maka seorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menunaikan fungsi pengerusi selama tempoh itu.

__________________________________________________
CATATAN
Per. 114(1):
  •  Perkataan "tiga orang anggota lain" yang terdapat di hujung Fasal menggantikan "dua orang anggota lain" oleh Akta 26/1963, subseksyen 10(1), berkuat kuasa dari 16-9-1963 dan kemudiannya pula, perkataan "lima menggantikan "tiga" oleh Akta A1130, seksyen 8, berkuat kuasa dari 28-9-2001.


  •  Perkataan ",seorang timbalan pengerusi" dimasukkan selepas perkataan "pengerusi" oleh Akta A514, seksyen 8, berkuat kuasa dari 15-5-1981.

Per. 114(3):
  • Perkataan "Mahkamah Persekutuan" yang terdapat di hujung Fasal menggantikan "Mahkamah Besar" oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963. Kemudiaanya pula, subseksyen 18(2) Akta A566, berkuat kuasa dari 1-1-1985, memperuntukkan bahawa sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Mahkamah Agung.


  • Akta A885, seksyen 12, berkuat kuasa dari 24-6-1994, menggantikan perkataan "Agung" dengan perkataan "Persekutuan".


Per. 114(4):
  •  Fasal yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 10/1960, seksyen 13, berkuat kuasa dari 31-8-1957, dan menggantikan Fasal asal yang berbunyi seperti yang berikut:
"(4) Seseorang ahli hilang kelayakan untuk dilantik sebagai seorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya jika dia
memegang apa-apa jawatan berpendapatan yang lain atau ialah seorang ahli mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan Undangan mana-mana Negeri.".
  •  Pindaan kepada Perkara ini berkuat kuasa walau apa pun apa-apa jua dalam Fasal (6) Perkara itu-lihat Akata 14/1962, subseksyen 21(2).


  •  Perkataan "boleh" digantikan dengan "hendaklah" oleh Akta A514, seksyen 8, berkuat kuasa dari 15-5-1981.

Per. 114(4)(b):
  •  Akta A514, seksyen 8, berkuat kuasa dari 15-5-1981 menggantikan perenggan yang dahulu yang berbunyi seperti berikut:
"(a) terlibat dalam apa-apa jawatan atau pekerjaaan begaji di luat jawatannya; atau"
dengan yang berikut:
"(b) adalah atau menjadi ahli mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal ehwal atau urusan, sesuatu pertubuhan atau badan, sama ada diperbadankan atau sebaliknya, atau sesuatu pengusahaan perdagangan, perindustrian atau lain-lain pengusahaan, sama ada ia menerima atau mendapat atau tidak apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya; atau".
  • Perenggan ini digantikan dengan sekali lagi dengan perenggan yang ada sekarang menurut kuasa Akta A566, perenggan 14(1)(a), berkuat kuasa dari 16-12-1983.
Per. 114(4A):
  •  Fasal yang ada sekarang digantikan oleh Akta A566, perenggan 14(1)(b), berkuat kuasa dari 16-2-1983. Fasal yang dahulu yang berbunyi seperti yang berikut ditambahkan oleh Akta A514, perenggan 8(d), berkuat kuasa dari 15-5-1981:
"(4A) Hilang kelayakan dalam perenggan (b) tidak boleh dipakai jika pertubuhan atau badan itu menjalankan
apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang berupa khairat atau sosial, dan ahli itu tidak menerima atau mendapat apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah.".
  • . Lihat Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957 [Akta 31].
Per. 114(5):
  • Lihat Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957 [Akta 31].
Per. 114(5A):
  •  Ditambahkan oleh Akta 14/1962, subseksyen 21(1), berkuat kuasa dari 21-6-1962.


  •  Lihat Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957 [Akta 31].

Per. 114(7):
  • Ditambahkan oleh Akta A354, seksyen 25, berkuat kuasa dari 27-8-1976.


  •  Perkataan "maka timbalan pengerusi hendaklah menunaikan fungsi pengerusi selama tempoh itu, dan jika timbalan pengerusi juga tidak ada atau tidak dapat menunaikan fungsi itu" dimadukkan selepas "apa-apa sebab lain," oleh Akta A514, seksyen 8, berkuat kuasa dari 15-5-1981.

Catatan:
Pindaan yang dibuat kepada perkara 114 oleh Akta A566 terpakai hanya bagi seseorang yang dilantik menjadi anggota Suruhanjaya Pilihan Raya pada atau selepas 16-12-1983.

FUNGSI SPR

  • Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian 
  • bahagian pilihan raya. 
  • Menjalankan urusan pendaftraran pemilih dan penyemakan daftar pemilih 
  • Menjalankan pilihan raya umum dan kecil. 
  • Mendaftarkan calon – calon yang bertanding.

SISTEM PILIHAN RAYA

  • Selepas peristiwa Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme di kalangan rakyat Tanah Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti-parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui pilihan raya yang diadakan untuk memilih kerajaan.
  • Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat Malaysia) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Calon-calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian yang mereka bertanding akan diisytihar menang.
  • Pilihan raya umum Malaysia diadakan secara berkala bagi melantik wakil-wakil rakyat ini. Dan sekiranya berlaku kekosongan di antara tempoh pilihan raya umum, pilihan raya kecil boleh diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.

  • Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan tersebut ialah:-
  1. Perlembagaan Persekutuan.
  2. Perlembagaan Negeri.
  3. Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19).
  4. Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).
  5. Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
  6. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
  7. Peraturan-peraturan (Pengundian Pos) Pilihan Raya, 2003.
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

BILANGAN KERUSI/KAWASAN

Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.

PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-

BAHAGIAN PILIHAN RAYA

Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun. Bagaimanapun, ia boleh ditangguhkan sekiranya terdapat peristiwa besar, seperti pilihan raya umum

PENDAFTAR PEMILIH

  • Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-
  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
  3. seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
  4. tidak hilang kelayakan.

HILANG KELAYAKAN PEMILIH

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika:-
  1. pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
  2. sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
  3. telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau

      4.  telah memperoleh kerakyatan asing.



SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Pengundi boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

KELAYAKAN CALON

Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:-
  1. warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
  2. berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
  3. tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.
Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:-
  1. telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
  2. didapati seorang bankrap; atau
  3. memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau
  4. gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
  5. telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau
  6. telah memperoleh kewarganegaraan asing.


TEMPOH PILIHAN RAYA

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.

PERMULAAN PIIHAN RAYA DAN PROSES 

PENAMAAN CALON

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.

Hari penamaan calon

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.
Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.

Pertaruhan

Pertaruhan berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut.

Penggunaan simbol

Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.

Kempen


Kempen poster
Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.
Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.

Hari mengundi


Sekolah lazim dijadikan pusat mengundi
Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:-
  1. tarikh mengundi;
  2. lokasi tempat mengundi;
  3. waktu mengundi di semua tempat mengundi;
  4. lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.
Di petak mengundi, pengundi dikehendaki membuat satu tanda yang menunjukkan pilihan mereka pada setiap kertas undi. Tanda ini, seperti tanda 'X', tanda semak ataupun titik, perlu dibuat pada lajur calon yang dipilih sahaja.


BARUNG SPR


Seseorang calon tidak dibenarkan mendirikan pondok di mana-mana pusatmengundi di kawasan tempat calon itu bertanding. Walau bagaimanapun, parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi jika sekiranya terletak diluar jarak 50 meter dari pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian,SPR akan mendirikan barung SPR di pusat-pusat mengundi. Barung-barung iniadalah untuk membantu pemilih menyemak nombor siri mereka dalam daftarpemilih dan saluran supaya pengundian berjalan dengan teratur.

KEBENARAN UNTUK MEMASUKI TEMPAT

 MENGUNDI



Harus diketahui bahawa hanya pemilih-pemilih yang nama mereka terdapatdalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja boleh dibenarkanmasuk untuk membuang undi. Pengundi mestilah membawa kad pengenalanpemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai pengenalandiri dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi



CARA-CARA MENGUNDI







  • hanya boleh memangkah seorang calon sahaja dengan tanda "X"
  • pengundi perlu melipat mengikut garisan dikertas undi
  • masukkan kertas undi dalam peti undi yang disediakan
  • jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri), kertas-kertas undi mestilah ditandakan, dilipat dan dimasukkan dalam peti undi yang berasingan yang telah ditandakan dengan sama ada 'PARLIMEN' dan 'NEGERI'                       


  • UNDI POS

    • dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi
    • kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundI
    • prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi


    PENGIRAAN DAN PERJUMLAHAN UNDI



    1. dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau disebuah pusat pengiraan undi yang ditetapkan
    2. undi pos pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus dipusat pengiraan undi yang ditetapkan
    3. mereka yang dibenarkan memasuki tempat mengundi ialah
    • Ahli-ahli dan Pegawai SPR
    • Pegawai yang dilantik oleh SPR
    • Kerani mengira undi
    • Calon, wakil dan ejen mengira undi
       4.  kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan
       5. selepas selesai pengiraan undi, keputusan-keputusan pengundian akan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus dipusat penjumlahan undi
      6.  pegawai pengurus akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya berkenaan

    PENYATA DAN PERBELANJAAN 

    PILIHAN RAYA


    • seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya, tetapi tidak boleh melebihi
    • RM 200,000 bagi Dewan Rakyat
    • RM 100,000 bagi Dewan Undangan Negeri
    • laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan didalam Warta
    • kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan dibawah Akta Kesalahan Pilihan  Raya 1954

    KESIMPULAN


    Dalam sistem kerajaan demokrasi berparlimen seperti yang dipraktikkan oleh Malaysia, mekanisme pilihan raya telah digunakan untuk menentukan corak pemerintahan negara.  Proses pilihan raya akan melibatkan pengundi, parti-parti politik dan juga kerajaan.  Parti-parti politik yang bertanding akan mengisytiharkan calon dan manifesto masing-masing.  Sepanjang tempoh berkempen diadakan, calon-calon yang terpilih akan menjelajah ke seluruh pelosok tanah air dengan membawa ucapan manifesto masing-masing untuk  meraih sokongan dan seterusnya mempengaruhi rakyat agar memilih parti mereka semasa hari pengundian diadakan.  Melalui kempen yang diadakan, rakyat berpeluang menilai personaliti dan juga aspirasi seseorang calon yang bakal mewakili mereka di parlimen kelak.  Walau bagaimanapun, setiap calon yang bertanding perlu memenuhi beberapa syarat seperti hendaklah warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini.  Calon-calon yang didapati melanggar salah satu daripada syarat kelayakan seperti didapati tidak siuman, bankrap atau muflis, memperoleh kewarganegaraan lain dan sebagainya tidak akan dibenarkan bertanding. 


    LAMPIRAN









    5 comments:

    1. Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
      di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
      kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. Kami tawarkan
      pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui EMAIL:ushafinance735@gmail.com
      Whatsapp +447918234523


      BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
      *******************************
      1) Nama Penuh:
      2) Jantina:
      3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
      4) Tempoh Pinjaman:
      5) Negara:
      6) Alamat Rumah:
      7) Nombor Mudah Alih:
      8) Nombor Faks:
      9) Pekerjaan:
      10) Pendapatan Bulanan:
      11) Tarikh Gaji:
      12) Tujuan pinjaman:
      13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
      ushafinance735@gmail.com
      Whatsapp +447918234523

      ReplyDelete
    2. Adakah anda sedang mencari kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk menyelesaikan bil anda, seperti pinjaman peribadi, isu kewangan, pinjaman perniagaan untuk menyediakan perniagaan anda sendiri atau pengembangan perniagaan, pembiayaan projek dan skor kewangan anda sangat rendah, saya dapat membiayai anda dengan jumlah yang anda perlukan mulai dari $1000-$50J dan kadar Faedah yang sesuai 3% yang akan menjadikan hidup anda lebih mudah. maklumat lanjut Sila hubungi saya melalui e-mel:adamfinancialloanservicess@gmail.com atau masih di whatsapp sahaja +917458095182

      ReplyDelete